Thursday, January 2, 2014

GST rahmat tersembunyi buat rakyat


Publication: BH
Date of publication: Jan 1, 2014
Section heading: 1Klassifieds
Page number: 012

Pengurangan subsidi bahan api dan gula adalah langkah pertama dalam pelaksanaan rasionalisasi berkala yang lebih besar. Untuk masa akan datang, tambahan dan perubahan yang sepatutnya akan dilakukan terhadap program subsidi ini. Jika subsidi berterusan pada tahap sekarang, kita mungkin akan menghadapi beberapa masalah:

* Hutang kerajaan akan meningkat - hutang Malaysia telah berkembang sebanyak lebih 10 peratus sejak 1997. Kita mesti mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kita mempunyai sumber yang mencukupi bagi pelaburan masa hadapan.

* Ia akan melambatkan aspirasi kebangsaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dan ekonomi maju pada 2020.

* Ia akan mengurangkan daya tarikan di kalangan pelabur asing - syarikat antarabangsa lebih tertarik kepada negara yang menyediakan peluang perniagaan yang sama dan menggunakan sepenuhnya harga pasaran. Pelaburan asing terhadap kilang dan perniagaan menyediakan pekerjaan dan peluang kepada rakyat Malaysia.

Oleh kerana rasionalisasi subsidi berkaitan dengan perancangan transformasi secara keseluruhan, tidak melakukan rasionalisasi subsidi bukanlah satu pilihan.

Subsidi terhadap barangan pengguna perlu seperti pendidikan dan kesihatan akan kekal - subsidi diperkenal bagi membolehkan barangan keperluan utama dan perkhidmatan boleh didapati pada harga yang berpatutan, selain perkhidmatan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia. Untuk itu, kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi untuk barangan pengguna yang penting, termasuk pendidikan dan kesihatan.

Kerajaan hanya melakukan rasionalisasi - dengan pengurangan ini pun, kerajaan tetap membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion pada 2010 terhadap subsidi.

Ini adalah langkah pertama terhadap pelaksanaan berkala terhadap usaha rasionalisasi lebih besar - untuk masa hadapan, tambahan, berkala dan perubahan sepatutnya akan dilakukan terhadap rejim subsidi kerajaan bagi memastikan Malaysia dapat mencapai sasaran pembangunannya dan masih menyediakan keperluan rakyat Malaysia.

Program subsidi pada masa ini menjadi tidak lagi efektif dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukannya - program subsidi kerajaan menjadi tidak berkesan dalam membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, dengan terlalu banyak kemudahan mengalir kepada golongan kaya, warga asing dan perniagaan besar. Ini adalah perkara berkaitan ekonomi fiskal - pengurangan membolehkan Malaysia mengurangkan defisit dan mencapai sasaran pembangunan - Malaysia perlu menguruskan dan mengurangkan defisit.

Di waktu kita mempunyai polisi yang tepat untuk memandu kepada kemajuan, polisi yang membantu kita mencapai pertumbuhan 10.1 peratus pada suku pertama 2010, kita juga perlu mengurangkan perbelanjaan bagi memastikan kita mempunyai sumber mencukupi untuk melabur pada masa hadapan.

Mengurangkan perbelanjaan membolehkan pelaburan terhadap masa hadapan Malaysia - perbelanjaan subsidi kita menjadi penghalang bagi mencapai sasaran kita menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020.

Pengurangan dalam perbelanjaan kerajaan ini membolehkan Malaysia melabur untuk masa hadapannya - bagi pendidikan, kesihatan, infrastruktur, pembangunan masyarakat, latihan dan mewujudkan pekerjaan - pelaburan yang menyediakan kemudahan berterusan untuk generasi kini dan masa depan.

Langkah ini sebahagian pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Ke-10 - rasionalisasi subsidi adalah satu daripada beberapa langkah dalam Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke-10.

Dengan melaksanakan langkah ini yang mana seperti dikatakan Perdana Menteri akan "memperbaiki tahap kompetitif dan kebolehan pasaran... dan akan memastikan penggunaan sumber yang optimum," Malaysia sudah mengambil langkah konkrit terhadap pelaksanaan inisiatif pembaharuan ini.

Subsidi bagi gula dan bahan api dikurangkan kerana dengan mengurangkan subsidi bahan api dijangka memberi impak besar kepada perbelanjaan negara, manakala subsidi gula pula membolehkan kita mempromosi gaya hidup sihat.

Pengurangan subsidi bahan api (petrol, diesel dan LPG) mempunyai kesan kecil kepada rakyat tetapi memberi impak besar kepada kerajaan bersandarkan penggunaan perkapita negara yang bernilai tinggi seperti petrol yang dianggarkan bernilai 13.4 billion liter pada 2010.

Dengan pengurangan subsidi sebanyak satu sen bagi setiap harga jualan petrol, membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM134 juta.

Faedah subsidi bahan api tidak lagi masuk dalam poket golongan yang tidak memerlukan seperti warga asing yang memiliki kenderaan dengan enjn berkapasiti besar. Kos gula yang rendah di Malaysia menyebabkan terlebih penggunaan yang menyumbang kepada peningkatan 105 peratus (dari 1996 ke 2006) rakyat Malaysia yang berat badan berlebihan dan obesiti - jumlah ini merangkumi 40 peratus daripada populasi penduduk.

Setiap tahun kita berdepan lima peratus peningkatan kes diabetes dan hampir 1.4 juta penduduk Malaysia sekarang menghidap penyakit itu.

TERBITAN PERSATUAN KESELAMATAN PENGGUNA KUALA LUMPUR; PKPKL@ hotmail.com

No comments:

Post a Comment