Thursday, January 2, 2014

GST bawa keadilan untuk semua


Publication: BH
Date of publication: Dec 30, 2013
Section heading: 1Klassifieds
Page number: 001

Cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Pelaksanaan GST patut dilihat secara holistik dan realistic, dan kini ramai telah sedar ia akan mula dilaksanakan kira-kira 17 bulan dari sekarang. Tempoh ini memberi peluang kepada peniaga dan syarikat untuk membuat persediaan dan memberi ruang untuk rakyat memahaminya.

Malah, kerajaan masih bersedia menerima pandangan mengenai pelaksanaannya.

Namun, menyatakan pelaksanaan GST akan menindas rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana adalah tuduhan yang sangat tidak bertanggungjawab sedangkan kebaikannya belum dirasai lagi.

GST sebenarnya dapat mendidik pengguna menjadi lebih berhemat. Sekiranya pengguna tidak mahu membayar lebih GST, maka hadkan perbelanjaan kepada yang perlu saja.

Ini berdasarkan kepada GST adalah cukai penggunaan iaitu berkonsepkan lebih banyak anda pakai atau beli lebih banyak anda bayar.

Golongan berada biasanya mengguna lebih dan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan negara yang akhirnya dapat digunakan untuk kepentingan rakyat juga.

Antara kebaikan lain GST ialah kadar GST lebih rendah (enam peratus) berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus dan enam peratus. SST adalah cukai berganda, sebaliknya GSTadalah sistem satu cukai terhadap barangan dan perkhidmatan.

Di bawah SST pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

Pada masa sekarang, pengguna tanpa mengira kelas pendapatan membayar cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka. Namun, cukai yang dibayar itu terutama cukai jualan tidak tercatat di dalam resit kerana ia terselindung dalam harga bayaran.

Apabila GST dilaksanakan beban cukai ditanggung akan turun. Ini bermakna dengan pelaksanaan GSTkebanyakan barangan dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga.

Yang penting ialah apabila GST dilaksanakan pihak peniaga seharusnya menyalurkan penjimatan tersebut melalui penurunan harga.

Kajian mendapati Indeks Harga Pengguna (HIP) akan mengalami penurunan sebanyak lapan hingga 10 peratus.

Kita yakin dengan penubuhan jawatankuasa pemantau dapat memastikan GST dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerajaan juga dari semasa ke semasa akan menilai impak sosial terhadap rakyat. - TERBITAN PERSATUAN KESELAMATAN PENGGUNA KUALA LUMPUR; PKPKL@hotmail.com

No comments:

Post a Comment