Monday, December 9, 2013

Lapan kaedah perkasa ekonomi Bumiputera


| December 6, 2013

Wakil Kelantan Datuk Awang Adek Husin mengutarakan usul perkasa ekonomi Bumiputera.

KUALA LUMPUR: Perwakilan Umno mengusulkan lapan kaedah memperkasakan ekonomi Bumiputera kepada kerajaan dalam Perhimpunan Agung Umno 2013.

Ketika membentangkan usul ekonomi, Ketua Umno Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Husin, antara lain, menggesa kerajaan untuk meletakkan Indeks Prestatsi Utama (KPI) dan melaksanakan audit sosial tehadap syarikat milik kerajaan (GLC) agar mereka menjadi lebih bertanggungjawab untuk melatih dan membimbing serta menyediakan peluang dan ruang pekerjaan kepada graduan bumi yang maih ramai memganggur

Beliau turut mendesak kerajaan supaya berhati-hati dalam berunding dan melaksanakan rundingan bebas supaya tidak merugikan rakyat Malaysia dan menjejaskan agenda memperkasakan ekonomi Bumiputera.

Menurut beliau, usaha untuk memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera adalah perkara terpenting yang harus dilakukan oleh parti pemerintah itu.

“Kejayaan pertumbuhan ekonomi adalah penting, mencapai status negara maju berpendapatan tinggi juga adalah penting, kejayaan Malaysia diantara yang terbaik adalah penting dan cukup membanggakan.

“Tetapi memperkasa agenda Bumiputera adalah yang paling penting ini kerana pertama, Umno adalah parti orang Melayu dan Bumiputera. Maka sewajaranya soal kedudukan dan pemcapnaian ekonomi orang melayu bumiputera diberi keutamaan dalam perhimpunan agung parti,” tegas Awang Adek.

Beliau menambah, orang Melayu dan Bumiputera yang merupakan kumpulan penduduk terbesar di negara dimana hampir 70% dari jumlah penduduk telah memberikan sokongan kuat dalam pilihan raya umum lalu maka sewajarnya jasa mereka dibalas dan kedudukan ekonomi mereka dibela.

“Jadi adalah tragik bahkan satu kezaliman sekiranya kumpulan pribumi yang besar majoriti ini tersisih dari penguasaan ekonomi negara yang sepatutnya menjadi hak milik mereka. Apatah lagi sekiranya masih ramai diantara mereka ini susah dan miskin pada masa negara melakar sejarah menjadi negara maju.” jelasnya lagi.

Pada masa yang sama, Awang Adek turut mengingatkan Umno untuk membela dan memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera sementara masih lagi mempunyai peluang dan kuasa untuk berbuat demikian.

“Disaat yang mencabar ini dengan tekanan globalisasi ekon dunia agenda pengusaan pasaran oleh negara besar d isamping persaingan sengit dari pelbagai sudut untuk menguasai pasaran tenpatan, survival ekonomi Melayu dan Bumipuetra kini benar-benar teruji.

“Jika tak ditangani dengan baik, jika survival ekonomi tak dapat dipertahankan dalam beberapa tahun akan datang, pada masa akan datang ianya boleh melarat ke survival politik Bumiputera. Sekiranya orang Melayu Bumiputera kecewa dan hampa dengan kedudukan dan pencapaian ekonomi mereka tak mustahil mereka akan tolak Umno satu masa nanti.

“Masa tu nasi sudah menjadi bubur, lautan air mata pun tiada gunanya lagi. Masa itu kita sudah tidak berpeluang lagi dan kehilangan kuasa untuk memepraksakan agenda ekon bumi. Peluang yang masih ada kini janganlah sesekali disia-siakan,” tegas beliau lagi.

Berikut adalah usul-usul yang dibentangkan oleh Adek Awang sebentar tadi.

1. Menyokong dasar pelaksanaan agenda perkasakan Bumiputera melalui perancangan dan program terperinci dengan mensasarkan tumpuan membela golongan miskin usahawan bumi, syarikat-syarikat kecil dan sederhanana melalui pendekatan meritokrasi sesama mereka untuk menjamin kedudukan dan penguasaan usahawan Bumiputera dalam ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

2. Menggesa kerajaan ambil tindakan pembetulan yang tegas bagi mengatasi kekurangan Bumiputera dalam bidang-bidang professional dan strategik seperti Perakaunan dan Pengurusan Tertinggi dalam sektor korporat.

3.Menggesa kerajaan peruntukkan dana lebih besar disalurkan kepada pelbagai agensi seperti Amanah Ikhtiar, Tekun dan SSB MARA bagi memudahkan usahawan Bumiputera termasuk usahawan muda dan wanita baik di bandar mahupun luar bandar yang menjadi penyokong tegar Barisan Nasional (BN) untuk mendapat bantuan pinjaman perniagaan.

4. Menetapkan KPI dan kenakan audit sosial tehadap GLC agar mereka menjadi lebih bertanggungjawab untuk melatih dan membimbing menyediakan peluang dan ruang pekerjaan kepada graduan Bumiputera yang masih ramai memganggur

5.Menggesa kerajaan melalui agensi sedia ada mengambil langkah bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pemilikan aset hartanah dikalangan Bumiputera terutamanya di bandar dimana pemilikan hartanah Bumiputera masih di tahap mendukacitakan.

6.Memberi tumpuan kepada pembangunan prasarana dan pengangkutan awam di kawasan luar bandar sebagai usaha untuk membuka kawasan pertumbuhan baru bagi meningkatkan nilai aset hartanah luar bandar

7.Menyokong pelaksanaan GST bermula dari 2015 pada masa yang sama perlu laksana usaha berterusan untuk mengawal kenaikan harga barangan asas dan kos sara hidup.

8.Mendesak kerajaan supaya berhati-hati dalam berunding dan melaksanakan rundingan bebas supaya tidak merugikan rakyat Malaysia dan menjejaskan agenda memperkasakan agenda bumiputera.

No comments:

Post a Comment