Thursday, November 14, 2013

RINGKASAN PERBANDINGAN ANTARA SST DAN GST


Pihak pembangkang kini terlalu phobia dengan GST. Ntah apa yang ditakutkan pun kita tak tahu. Di ceruk-ceruk kampung habis segala pakcik, makcik, apek, nyonya, aci, aya dan minachi dikelentongnya. 

Tetapi lumrah jadi pembangkang kerjanya mesti membangkang walaupun sesuatu itu baik dan memberikan manfaat kepada rakyat dan negara.

Anwar Berahim sendiri sewaktu menjadi Menteri Kewangan dulu pernah mengusulkan GST. Kini beliau juga mengaku GST adalah mekanisme percukaian terbaik menghalang ketirisan dan penyelewengan. Bahkan beliau menjangkakan Pakatan Rakyat tetap akan melaksanakan GST jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia selepas PRU 14 nanti. Itupun kalau Allah s.w.t izinkan pembangkang menang dan Anwar masih lagi sihat dan tak mati. 

Sebabnya melalui GST kerajaan Malaysia berupaya mengutip lebih banyak cukai daripada sektor perniagaan. Wang yang banyak tersebut amat penting bagi kerajaan PR jika mereka berjaya memerintah negara ini untuk menunaikan kebajikan rakyat. Tapi kini apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan GST, Anwar rasa tercabar dengan kejayaan Najib mengutarakan GST yang dulu menjadi idamannya untuk dilaksanakan ke atas negara ini.

Maka pelbagai persepsi dicipta kononnya negara masih belum mampu melaksanakan GST kerana pendapatan rakyat masih rendah dan monopoli syarikat mesti dihapuskan. Maka bersorak sorailah pembangkang menuduh kerajaan BN cuba menindas rakyat dengan mengenakan GST. 

Puak DAP turut menyambut idea bahawa sesetengah jutawan Melayu-Islam memonopoli sektor tertentu kerana mereka adalah kroni kerajaan UMNO. Manakala puak-puak lebai PAS yang buta ekonomi dan kuat berteori hanya jadi pak turut yang termanggu tak tau apa-apa sekadar pandai mengutuk sana sini. Bab kedarah duit mereka pandailah...

Secara mudah marilah kita lihat perbezaan antara SST dengan GST. Part manakah sebenarnya yang paling ditakuti oleh puak-puak pembangkang ni yer?



SST

GST

1
Dilaksanakan sejak 1960an dengan pelbagai penambahbaikan

Akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015 berdasarkan pengumuman Bajet 2014.

Diperkenalkan oleh kerajaan bagi menangani defisit fiskal negara.

GST juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) di beberapa buah negara yang melaksanakan GST

2
Kerajaan hanya dapat hasil cukai RM16 bilion - RM18 bilion setahun

Kerajaan dijangka mampu mengutip hasil cukai sebanyak RM27 bilion setahun.

3
Semua barangan tidak dicukai kecuali  diisytiharkan dicukai

Setiap barangan akan dikenakan cukai kecuali diisyitiharkan tidak dicukai

40 item barangan pengguna tidak akan dikenakan sebarang cukai sekaligus ia dapat membantu meringankan bebanan perbelanjaan isi rumah.

4
Cukai hanya dikenakan kepada pengilang atau pengguna.

Berlaku ketirisan apabila ada segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong dan peruncit mengelat dari membayar cukai.

Terdapat segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong atau peruncit tidak mengisyitiharkan atau menipu sumber dan hasil pendapatan mereka.

Pihak peniaga masih boleh memanipulasikan sumber dan hasil pendapatan kotor/haram mereka melalui kegiatan pencucian matawang (money laundering)

Cukai dikenakan pada pelbagai peringkat bermula dari pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.

Semua hasil pendapatan dan perbelanjaan dipelbagai peringkat ini akan direkod dan dikemaskinikan oleh pihak berkuasa.

Unsur-unsur karenah birokrasi melampau, ketirisan, penyelewengan, mengelat dari bayar cukai dan kegiatan monopoli keterlaluan boleh dibenteras.

5
Cukai SST yang dikenakan meliputi cukai jualan 10% + cukai perkhidmatan 6% = 16%

Cukai SST sebanyak 16% itu akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan sistem cukai baru GST pada kadar 6%. Justeru GST bukan cukai tambahan kepada cukai sedia ada.

6
34 buah negara di dunia masih lagi mengamalkan regim percukaian tersendiri dan beransur-ansur memilih GST sebagai regim percukaian baru negara mereka.

160 buah negara dari 194 buah negara seluruh dunia telah melaksanakan GST pada kadar melebihi 6%.

Di ASEAN hanya Brunei, Myanmar dan Malaysia masih belum melaksanakannya.

Negara-negara yang telah melaksanakan  GST telah berjaya memajukan negara mereka dan tidak jatuh bankrap

7
Pendapatan dari pengumpulan hasil cukai SST yang terhad menyebabkan pembangunan pelbagai infrastruktur baru juga terhad dan segelintir kelompok rakyat masih terpinggir. 

Pendapatan dari pengumpulan hasil cukai GST yang lebih tinggi ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan pelbagai infrastruktur baru di mana rakyat pasti akan dapat nikmat dan manfaatnya secara langsung atau tidak langsung. 

No comments:

Post a Comment