Thursday, November 7, 2013

GST sistem cukai terbaik, diibaratkan sebagai ‘Robin Hood Tax’


Posted on November 3, 2013, Sunday


KUCHING: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah sistem cukai terbaik yang diibaratkan sebagai ‘Robin Hood Tax,’ kata Ahli Jawatankuasa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Kuching Sim Kiang Chiok.

Beliau memberitahu pelaksanaan cukai itu nanti membolehkan kerajaan menyalurkan hasil kutipan berkenaan kepada golongan sasar.

“Kerajaan mengambil cukai daripada orang kaya melalui GST ini dan lebih banyak cukai dikutip lebih banyak wang disalurkan kepada orang miskin dan mereka berpendapatan rendah dan pertengahan melalui pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Ia adalah Robin Hood Tax? Betul? Apa yang penting GST membawa kita perubahan kepada penjimatan jika kita kurang berbelanja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SUPP di sini semalam.

Sim turut memberitahu GST berfungsi seperti lebih banyak orang (kaya) berbelanja lebih banyak cukai dikutip sekali gus dapat disalurkan kepada golongan sasar melalui BR1M dan sebagainya.

Malah, beliau menegaskan sudah banyak negara telah melaksanakan sistem GST itu kerana ia dilihat adalah satu sistem yang terbaik.

“Apabila GST ini dilaksanakan, kita tidak perlu membayar 10 peratus cukai jualan dan enam peratus cukai perkhidmatan,” tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau turut memberitahu ia adalah masa yang sesuai untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan GST di negara ini.

“GST pasti akan memberi manfaat kepada rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan melalui pelaksanaannya nanti,” ujarnya.

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/11/03/gst-sistem-cukai-terbaik-diibaratkan-sebagai-robin-hood-tax/#ixzz2jwVommfs

No comments:

Post a Comment