Monday, November 18, 2013

Data kumpul harga barangan


Publication: BH
Date of publication: Nov 14, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 010
Byline / Author: Oleh Mohd Azrone Sarabatin; Haspaizi Mohd Zain; Suhaila Shahrul Annuar

Sebagai persediaan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mewujudkan data bank bagi mengumpul maklumat harga barangan dan perkhidmatan sekarang.

Menterinya, Datuk Hasan Malek, berkata maklumat daripada data itu akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kadar keuntungan yang boleh dianggap munasabah.

Katanya, ia juga akan digunakan sebagai penentu mekanisme pencatutan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

No comments:

Post a Comment