Monday, October 14, 2013

Jualan nilai tahunan capai RM500,000 kena mohon GST


Publication: BH
Date of publication: Oct 11, 2013
Section heading: Sentral
Page number: 008

? Saya bakal memulakan perniagaan francais makanan segera dan tidak mengetahui cara untuk membuat permohonan pendaftaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Adakah semua barang dan perkhidmatan dikenakan GST dan dikehendaki berdaftar.

Usahawan Muda
Sungai Petani, Kedah

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

! Permohonan secara online boleh dibuat dengan menggunakan borang yang boleh dicapai melalui laman web GST Kementerian Kewangan. Bagi permohonan secara manual, borang permohonan boleh didapati dari manamana pejabat Kastam atau dimuat turun daripada laman web GST.

Perniagaan yang mencapai nilai jualan tahunan RM500,000 setahun diwajibkan mendaftar di bawah GST. Perniagaan tidak mencapai nilai jualan tahunan berkenaan tidak perlu mendaftar. Bagaimanapun, mereka masih boleh memohon untuk berdaftar secara sukarela.

Pada dasarnya, GST akan dikenakan ke atas semua jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara termasuk yang diimport. Namun, beberapa makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sayuran, ikan dan daging ternakan, telur dan kemudahan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta, pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian adalah tidak dikenakan GST. Pengecualian ini bertujuan memastikan golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan GST.

Jurucakap
Kementerian Kewangan

No comments:

Post a Comment