Wednesday, October 9, 2013

Dewan Cina harap GST bawah 4 peratus jika dilaksanakan


2013/10/08 - 17:50:59 PM

KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan dan Industri Cina Kuala Lumpur dan Selangor berharap kerajaan akan menetapkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), jika dilaksanakan, kurang daripada empat peratus dalam tempoh tiga hingga lima tahun pertama. 

Presidennya, Datuk Ter Leong Yap, berkata kadar cukai yang lebih rendah untuk tempoh tertentu dapat membantu rakyat menyesuaikan diri dengan sistem percukaian baharu itu. 

"Kami juga berharap menerusi GST, cukai peribadi dan korporat dikurangkan secara berperingkat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Anugerah 'My Hero' di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment