Monday, October 7, 2013

Bajet 2014 platform kukuh kewangan sektor kerajaan


2013/10/07 - 04:54:47 AM 


Keadaan ekonomi semasa sememangnya makin mencabar. Apatah lagi apabila dasar ekonomi di negara maju mempunyai kesan langsung terhadap aliran modal yang sekali gus menyebabkan keadaan turun naik mata wang asing yang tidak menentu.

Ini sudah pasti boleh membantutkan proses pembangunan kerana sentimen pelabur serta peniaga yang negatif akan menyebabkan perbelanjaan modal ditangguhkan lantaran kos perniagaan yang meningkat dan prospek keuntungan yang menyusut. 

Pada pertengahan tahun ini, suasana pasaran wang berada dalam keadaan tidak menentu apabila bank pusat Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa program pembelian aset kewangan bagi menambahkan kecairan mungkin akan dikurangkan. 

Ia berikutan adanya tanda pemulihan ekonomi seperti kenaikan harga hartanah serta meningkatnya peluang pekerjaan yang bermakna, keupayaan ekonomi AS untuk berdiri sendiri telah meningkat dan jika berterusan, bantuan daripada dasar kewangan seharusnya dikurangkan.

Akibat perkembangan itu, aliran modal mula keluar dari negara membangun seperti Asia yang sebelum ini banyak menerima aliran masuk berikutan perbezaan kadar faedah yang tinggi berbanding negara maju.

Mata wang menyusut

Berikutan itu, negara yang mempunyai asas ekonomi lemah telah mengalami penyusutan mata wang mendadak. 

Contohnya, mata wang Indonesia dan India merosot masing-masing 13.3 peratus dan 10.9 peratus berbanding dolar AS.

Persamaan di kedua-dua negara itu adalah berlakunya apa yang dinamakan “Defisit Berkembar” iaitu defisit dalam kedudukan fiskal kerajaan serta imbangan akaun semasa.

Ini memaksa kerajaannya mengambil langkah drastik bagi mengembalikan keyakinan pelabur. Antaranya pengurangan subsidi minyak, pengurangan import serta kawalan modal.

Jika diteliti, usaha seperti ini berlaku dalam suasana gawat dan kebiasaannya, sentimen pelabur amat sukar untuk dipulihkan pada ketika itu.

Justeru, Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25 Oktober ini amat penting dalam konteks untuk meyakinkan pelabur bahawa negara kita berada pada landasan betul untuk terus maju dengan mapan.

Rasionalisasi subsidi

Bajet kali ini juga dilihat sebagai platform untuk meneruskan usaha mengekang belanjawan defisit daripada terus meningkat.

Antara langkah yang mungkin diperkenalkan ialah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST serta merasionalisasikan subsidi.

Mungkin pembaca tertanya-tanya mengapa langkah yang kurang popular ini perlu di lakukan? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu melihat suasana ekonomi semasa yang boleh dikatakan tidak menentu terutama di negara maju.

Ini boleh dilihat apabila mutakhir ini kedengaran isu had hutang kerajaan AS yang menjadi topik hangat diperbincangkan dalam kalangan ahli politik di negara itu.

Kegagalan menaikkan had hutang itu pada pertengahan Oktober ini akan menyebabkan risiko mungkir yang akan meningkat bagi instrumen hutang kerajaan AS.

Terdedah ancaman kelembapan ekonomi dunia

Selain itu, struktur ekonomi negara kita yang terbuka menyebabkan Malaysia sentiasa terdedah kepada ancaman kelembapan ekonomi dunia.

Justeru, amat penting untuk mengukuhkan kedudukan kewangan dalam sektor awam kerana sektor ini begitu kritikal bagi menjalankan dasar penstabilan tatkala negara mengalami kelembapan ataupun kemelesetan ekonomi.

Hanya sektor awam mempunyai fleksibiliti untuk mengubah kadar cukai, tahap perbelanjaan serta menerbitkan sekuriti hutang bagi tujuan menjana kegiatan ekonomi ketika kegawatan melandai.

Sektor swasta seperti perniagaan dan isi rumah tidak mempunyai kelebihan yang dimiliki oleh pihak kerajaan.

Keupayaan untuk meraih sekuriti hutang serta penggubalan dasar percukaian dan perbelanjaan kerajaan ketika gawat bagaimanapun tidak berlaku sewenang-wenangnya jika ia tidak di ikuti oleh asas ekonomi kukuh termasuklah kadar hutang dan defisit fiskal.

6 comments:

  1. UMNO should tax Capital Gain first before introducing GST. Adalah tidak munasabah orang miskin di cukai untuk pembelian barangan kehidupan tetapi kumpulan yang munjual beli syarikat seperti Sapura dan Kencana yang mendapat ratusan juta tidak dikenakan cukai langsung.
    Orang biasa beli barang tiga empat ratus ringgit pun kena cukai tetapi Syahris Shamsuddin jual Sapura kepada Maybank Investment dapat 400 juta TUNAI dan saham SahamKencana tidak pun dikenakan cukai.
    Jika Capital Gain Tax tidak diperkenalkan yang kaya akan menjadi kaya dengan menaikan harga syarikat mereka dengan berpakat dengan pihak Maybank harga yang tidak munasabah. Anak Mahathir tokey Kencana juga mendapat ratusan juta ringgit tetapi tidak di cukai kerana ini kononnya adalah capital gain.
    So GST is a retrogressive way to finance growth. What logic does the govt use to tax a wider selection of the poor when the Govt give 50 billions of oil and gas subsidies to the rich? Doesnt make sense.

    ReplyDelete
    Replies
    1. We can do both indeed. Besides, Capital Gain transaction is not happen everyday or even every month in Malaysia. It is a corporate game to stimulate the economy as well. Malaysia will not become competitive to investors if too many restriction dlm market. But does not mean we cant do it (tax it).

      One more thing, if now Syahris Shamsuddin tak kena tax on Capital Game, but later, when GST implemented dia akan kena jugak when he spend the money in the country as a consumer (of course he will do soon or later). Itulah antara tujuan GST. Yang kaya tak patut dibiarkan bebas menikmati kekayaan mcm tu saja. GST is a broad-based consumption tax. lagi byk u belanja, lg byk la u byr tax. Tak mcm system tax sekarang yg byk kelemahan yg ramai org ada ruang utk menipu.

      Selain tu, government pun dah bagi komitmen utk beri bantuan kewangan secara terus kpd Rakyat yg layak. Means during GST era (where Sales and Services Tax no longer in place) Rakyat yg kurang kemampuan yg mungkin belanja atas barang2 yg standard rated, will get back their money (kurang atau lebih bergantung kepada kemampuan dan spending habit masing2). Basic necessity zero rated and exempted items takkan kena GST.

      Mekanisma GST telah disusun dgn baik kerana Malaysia ada contoh pelaksanaan dari lebih 160 buah negara di dunia yg telah implement GST/VAT system. Kalau GST ini tidak bagus, kenapa 160 buah negara ini semua masih melaksanakannya? Kalau kita masih teruskan system Sales & Services Tax (SST) mcm skrg dan tak laksana GST, ia akan letak bebanan kepada hanya 1.7 juta rakyat yg bayar cukai pendapatan untuk menanggung 28 juta rakyat Malaysia. Teruk lah mereka ni.

      Ya, sekarang kita masih ada minyak dan gas atau hasil komoditi yg lain. Tapi cuba bayangkan, ekonomi Malaysia bukan hanya bersandarkan persekitaran Malaysia. Sistem ekonomi berkait langsung dgn permainan ekonomi antarabangsa. Bayangkan kalau spekulator2 create krisis untuk jatuhkan harga minyak, gas atau komoditi yg lain. Then what will happen to country yg bergantung kpd minyak dan gas? Their incomes booomm down! Yes it is impossible but it can happen. It is a game and we never know how cleaver they are?

      GST mungkin tak perfect but it far better than the current tax system yg sebenarnya sgt membebankan. Cuma ramai yang mungkin tak sedar atau tak mahu ambil tahu mengenai SST. Secara psychology pun sifat manusia mmg sangat susah untuk berubah dari satu perkara yg kita dah biasa kepada sesuatu perkara yg baru. Penolakkan sebegini memang dijangkakan. Saya atau sesiapa tidak boleh memaksa sesiapa yg lain. Mereka cuma perlu mengambil sedikit masa, berfikir dgn matang bersama ilmu/pengetahuan dan set minda yg neutral utk seimbangkan hasil penilaian. Jangan terlalu ikut emosi kerana faktor kepartisan. Ini untuk kelangsungan Negara Malaysia yg kita cinta.

      Delete
  2. Boleh saya tahu dalam pelaksanaan GST, siapa yang sebenarnya kena GST? Pemborong, penjual @ pembeli? Apa beza GST dengan sistem percukaian sebelum ni? Sistem percukaian sebelum ni siapa yang terlibat secara langsung? Pemborong, penjual atau pembeli? Katakan beras dikenakan GST (contoh-tp PM cakap tak kena GST), melalui GST, adakah ia menjadi lebih murah @ lebih mahal melalui GST?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Cikgu Wan.

      Dalam sistem GST, pihak yg kena GST adalah pengguna akhir. Pengilang, pemborang, penjual (peruncit) boleh menuntut semula GST (Input) yg dibayar mereka daripada kerajaan dengan kontrakan atau offset GST (Output) yg dipungut dari pelanggan masing2. Bayar atau tuntut lebihan antara keduanya daripada kerajaan jika ada. Ini bermakna GST bukanlah kos kepada pengilang, pemborong dan peruncit.

      Dalam sistem cukai kepenggunaan semasa, Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan atau SST, pihak pengilang akan memungut SST dari pemborong, manakala pemborong pula tidak boleh menuntut kembali SST itu daripada kerajaan. Ini menjadikan SST adalah kos kepada pemborong dan elemen SST ini akan diambil kira di dalam penentuan harga barang yg dijual kpd peruncit dan seterusnya pengguna. SST juga boleh wujud dlm beberapa peringkat antara pengilang dgn pemborong, antara pemborong dgn peruncit dan antara peruncit dgn pengguna akhir. Jadi cuba bygkan berapa layer SST yg wujud dlm sesuatu barang akhir yg pengguna beli? Tapi malangnya, pengguna tidak nampak keseluruhan cukai SST ini kerana ianya disembunyikan di dalam harga barang dan perkhidmatan yg di beli/byr oleh pengguna akhir.

      Untuk rekod, Cukai Jualan adalah berkadar 10% manakala Cukai Perkhidmatan adalah berkadar 6%. Kedua-dua cukai ini akan dimansuhkan dan diganti dengan GST berkadar 6% sahaja. Ini bermakna, secara konsepnya, pengguna akhir akan mendapat penjimatan 10% di dalam setiap harga barang dan perkhidmatan semasa era GST kelak.

      Contohnya seperti beras, pada masa sekarang (SST) terdapat elemen Cukai Jualan 10% dan Cukai Perkhidmatan 6% di dalam harga beras. Elemen cukai ini terdapat dlm bahan mentah dan perkhidmatan yg digunakan untuk menjual sekampit beras contohnya seperti di dalam plastik pembungkusan, kos pengiklanan, kos syarikat penghantaran dan sebagainya. Jadi, syarikat beras akan menyerap kos SST yg ada bg sekampit beras dan dipindahkan kpd pengguna akhir. Ini yang pengguna tidak nampak.

      Apabila SST dimansuhkan, maka tiada lg elemen kos cukai dalam penentuan harga barang dan perkhidmatan kerana GST yang dikenakan boleh dituntut kembali oleh pengilang, pemborong dan peruncit. Ini secara konsepnya akan menjadikan harga barang dpt diturunkan kerana kadar GST adalah lebih rendah dari SST. Pengguna pula dpt melihat keseluruhan jumlah cukai GST dlm harga barang akhir yg mereka beli.

      Saya harap penjelasan ini dpt membantu Cikgu Wan. Ianya agak teknikal. Untuk pengetahuan Cikgu Wan, kerajaan akan keluarkan risalah "shoppers guide" kpd pengguna 3 bln sblm GST dilaksana. Risalah ini akan menerangkan barang2 dan perkhidmatan yg turun harga berdasarkan mekanisma GST. Apa yg penting adalah kita semua pengguna berani menggunakan hak kita jika kita mahu harga barang turun dgn sepatutnya semasa era GST.

      Sekian.

      Delete
  3. Mampukah GST memberi pendapatan kepada negara sekiranya banyak pembaziran masih berlaku di kalangan kementerian dan jabatan sebagaimana yang dilaporkan dalam laporan Audit Negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, GST mampu menjana pendapatan negara secara konsisten dan lebih stabil berbanding pergantungan kpd cukai langsung dan cukai hasil galian dll. Sikap pembaziran adalah sikap manusia dan ianya bergantung kpd mereka sendiri. Hasil GST boleh dibazirkan dan tidak memanfaatkan negara jika mereka berterusan begitu.

      Delete