Thursday, June 6, 2013

8 ahli sindiket gores dan menang ditahan


Publication: BH
Date of publication: Jun 5, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 022

Johor Bahru: Polis Johor berjaya menahan lapan individu berusia 18 hingga 40 tahun disyaki terbabit dalam sindiket gores dan menang yang mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kumpulan itu dipercayai bergiat aktif sejak lima bulan lalu dan memperdaya lima mangsa dengan tawaran pelbagai hadiah menarik, termasuk kereta mewah.

Beliau berkata, sindiket itu turut mensasarkan golongan muda, termasuk warga dari Singapura sehingga ada seorang mangsa dari republik berkenaan kerugian lebih RM30,000.

Walaupun sindiket gores dan menang di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, polis turut menjalankan siasatan susulan beberapa laporan mendakwa mangsa dipaksa dan diugut.

Mangsa turut dicedera semalam.

Mokhtar berkata, sindiket itu didapati menggunakan modus operandi membabitkan kad gores dan menang ada tanda tertentu yang hanya diketahui suspek bagi menipu mangsa.

Anggota sindiket ini mendekati orang ramai yang berpotensi diperdaya dengan menjanjikan hadiah menarik seperti kereta dan peralatan elektronik mewah.

Mereka juga menunjukkan beberapa keratan akhbar bagi meyakinkan mangsa dan sebaik saja mangsa terpedaya, suspek akan meminta sedikit bayaran pendahuluan kononnya sebagai kos cukai khidmat kerajaan (GST), katanya.

No comments:

Post a Comment