Wednesday, February 6, 2013

Kerajaan belum laksana sistem GST


Publication: BH
Date of publication: Feb 5, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 032

? Adakah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan pada masa depan akan membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

L Muniandy

Keramat, Kuala Lumpur


! Mengambil kira prinsip `rakyat didahulukan` kerajaan tidak akan melaksanakan sistem itu sekarang. Sebenarnya, GST tidak memudaratkan rakyat kerana menerusinya kerajaan menyediakan beberapa bantuan kepada rakyat seperti tidak mengenakan cukai bagi beberapa barangan keperluan asas.

Pelaksanaan GST dilihat dalam konteks pengurangan cukai korporat selaras pandangan beberapa perunding cukai yang menjelaskan Malaysia mampu melaksanakan sistem itu jika tiada masalah membabitkan kelembapan ekonomi.

Namun, kerajaan tidak terburu-buru melaksanakan GST walaupun menerima maklum balas positif hasil rundingan pelbagai pihak.

Walaupun proses rundingan berhubung cadangan pelaksanaan GST masih dilakukan, kerajaan belum membuat keputusan sama ada ia akan dilaksanakan atau sebaliknya.

Kerajaan mahu perbincangan itu terus diteliti dan maklumat mengenainya disebarkan kepada rakyat supaya mereka tahu serta faham sebelum pelaksanaan dijalankan.

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan Kedua

No comments:

Post a Comment