Thursday, October 11, 2012

Wacana Sinar siri 14: Bajet 2013


WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Oktober 2012

BERIKUT sedutan hujah ahl-ahli panel Wacana Sinar Harian Bajet 2013.

10.39 malam : Wacana: YB Abdul Rahman gulung, "bagaimana pula dengan subsidi minyak? 'Have to be responsible', be realistic'

10.39 malam : Wacana: YB Abdul Rahman gulung, "hanya pilih satu dua senario bukan rangkumi semua."

10.39 malam : Wacana: YB Abdul Rahman gulung, "jangan perjudikan masa depan negara dan rakyat."

10.39 malam : Wacana: YB Abdul Rahman gulung, "kita guna kuota yg besar, kena fikirkan semua, kurangkan tol RM6 bilion, jumlah ni yg perlu lihat."

10.39 malam : Wacana: YB Abdul Rahman gulung - minta PR jika nak perincikan bajet, jgn hendak ambil atau lihat secara 'bersendirian'.

10.39 malam : Wacana: soalan khalayak kepada YB Abdul Rahman, "dalam bajet tidak ada toh berkenaan kesihatan." 

10.31 malam : Wacana: Wan Saiful jawab, "apa yg kita tak sedar ialah semangat kekeluargaan makin hakis apabila kerajaan beri banyak subsidi."

10.31 malam : Wacana: Wan Saiful jawab, "kita kena bangkitkan kembali semangat kekitaan."

10.31 malam : Wacana: Wan Saiful jawab, "... maka tanggungjawab bantu ialah tanggungjawab kita."

10.31 malam : Wacana: Wan Saiful jawab, "kalau kita cakap tentang bantu golongan miskin, kita tidak perlu rujuk kementerian berkaitan."

10.31 malam : Wacana: Wan Saiful jawab, "kita kena lihat subsidi ini dalam konteks yang lebih besar."

10.31 malam Wacana: soalan khalayak kepada YB Abdul Rahman, "dalam bajet tidak ada toh berkenaan kesihatan." 

10.26 malam Wacana: Wan Saiful jawab, "Saya memang tidak setuju sama sekali ttg subsidi. Sbb tu sy tak tanding, kalau tidak, mmg akan kalah."

10.25 malam : Wacana: Soalan kepada Wan Saiful, "kenapa beliau agak kurang setuju thdp pemberian subsidi?"

10.25 malam : Wacana: soalan khalayak kepada YB Abdul Rahman, "dalam bajet tidak ada toh berkenaan kesihatan." 

10.21 malam Wacana: YB Tony Pua, "Pakatan dapat hapuskan defisit negara dalam tempoh 2 hingga 3 tahun jika dapat Putrajaya."

10.17 malam : Wacana: YB Tony Pua, "(MB Selangor) Khalid Ibrahim tak beri tender kepada satu syarikat, jadi kos dapat dikurangkan."

10.17 malam : Wacana: YB Tony Pua, "akui Bajet13 ada yang baik, tapi yg dibimbang perkara yg tidak sama dibincang dalam bajet seperti open tender."

10.17 malam : Wacana: YB Tony Pua, "tetapi kenapa bagi kuasa monopoli kepada satu syarikat swasta?"

10.17 malam : Wacana: YB Tony Pua, "cuba betulkan Datuk Rahman ttg kereta, kita perlu kereta ketika beriadah dan bersama keluarga spt di London, kerja guna 'public transport'

10.17 malam : Wacana: YB Tony Pua,"Islamic market, sebab PR tak bentangkan secara terperinci sebab kita tak tumpu, yg ptg cara kita belanja dan laksanakan.'

10.05 malam : Wacana: moderator kata, "malam ini bukan debat, tetapi ramah mesra erat.

10.05 malam : Wacana: Wan Saiful, "secara umumnya kita tengok bajet, kedua-duanya dalam bentuk ekonomi baru."

10.02 malam : Wacana: Wan Saiful jawab, "dalam dunia ni dua perkara yang kita tak boleh lari, mati dan cukai."

10.02 malam : Wacana: Wan Saiful jawab, "sukai perlu rendah, lebih rendah lebih bagus. Saya agak suka dengan GST."

10.02 malam : Wacana: Wan Saiful jawab, "apa yg sy nak bangkitkan ialah isu GST."


10.02 malam : Wacana: Wan Saiful jawab, "saya tak dapat nak jawab malam ni sebab banyak risikonya."

10.02 malam : Wacana: Wan Saiful jawab, "Kita kena pindah dari budaya politik sokong parti tanpa tahu dasarnya."

10.02 malam : Wacana: Moderator tanya kepada Wan Saiful, "antara kedua-dua bajet mana yang lebih mapan?" 

9.57 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "tidak semua disebut PM pada Sept lalu. Ada banyak perkara lain yang diberikan kepada rakyat dalam Bajet 2013."

9.57 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "subsidi PTPTN - RM7 bilion tidak termsuk dalam bajet PR."

9.57 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "gaji minimum RM1,100 dijanjikan PR yang akan hancurkan IKS, bukannya KR1M." 

9.50 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "KR1M juga diperkecilkan Tony Pua, tapi yg akan bunuh, dasar gaji minimum PR, mampu bunuh semua 'middle class society'"

9.50 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "Najib ada plan strategik utk public transport tapi kita ambil masa."

9.50 malam : Wacana: YB Abdul Rahman bidas Tony Pua jika ramai yg beli kereta kerana murah, bagaimana pula dengan 'public transport' - isu yg PR mainkan?"

9.50 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "Tony Pua cakap kalau turun harga kereta, ramai akan beli, itu satu andaian meleset, kerana ramai yang tak punya kereta sendiri."

9.50 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "tumpuan kawasan bandar dan pinggir bandar, berkongsi kelebihan yg sama."

9.50 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "tak semua yg disebut adalah intipati bajet, 'middle calss' juga boleh dpt kelebihan bajet"

9.50 malam : Wacana: Moderator tanya YB Abdul Rahman, "apabila bincang bajet BN, golongan muda rasa seronok, tp bagaimana pula dengan golongan pertengahan? Apa yg boleh dpt?"

9.43 malam : Wacana: Wan Saiful, "jangan terima ahli politik yg seolah-olah mahu beri 'bribe' kpd kita."

9.43 malam : Wacana: Wan Saiful, "jangan ukur ahli politik berdasarkan apa ganjaran kepada kita."

9.43 malam : Wacana: Wan Saiful, "budaya meminta di kalangan rakyat kalau dibiarkan akan menjadi bahaya."

9.43 malam : Wacana: Wan Saiful, "tetapi malangnya kedua-dua pihak masih memberikan subsidi kpd rakyat."

9.43 malam : Wacana: Wan Saiful, "saya juga suka dgn Pakatan punya bajet, dengan duti eksais kereta yang diketengahkan mereka."

9.43 malam : Wacana: Wan Saiful, "bajet yg dibentang PM mengenai peruntukkan kanak-kanak kurang upaya. Ini perkara yg bagus dan perlu disokong"

9.43 malam : Wacana: Wan Saiful, "banyak elemen yang bagus dalam kedua-dua bajet yang dibentangkan"

9.40 malam : Wacana: YB Tony Pua, "GST akan dikenakan selepas PRU13, konsep syarikat besar perlu bayar cukai tapi orang ramai yg terpaksa tanggung cukai."

9.40 malam : Wacana: YB Tony Pua, "usaha kerajaan bantu orang miskin kita bantu, tapi pelaksanaan dilihat beri keuntungan kepada satu syarikat"

9.40 malam Wacana: YB Tony Pua, "kos kedai runcit terlalu tinggi dan beri kuasa kepada Mydin akan menjejaskan kedai runcit lain"

9.40 malam : Wacana: YB Tony Pua, "kurangkan kos barangan asas KR1M"

9.40 malam : Wacana: YB Tony Pua, "alternatif sistem pengangkutan awam yang efisen."

9.40 malam : Wacana: YB Tony Pua, "cadangkan sistem pengangkutan awam yg lebih efisen spt sediakan bas dan MRT yang konsisten

9.40 malam : Wacana: YB Tony Pua, "isu kereta, nisbah kereta di Lembah Klang lebih satu kereta seorang, untuk selesaikan kesesakan bukan gantung kpd harga kereta."

9.40 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "... PR hanya sentuh segmen tertentu sedangkan semuanya berkait rapat. Perlu berpijak pd bumi yg nyata."

9.40 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "... masalah saya dgn janji PR. Bajet berkait rapat dgn pebagai segmen."

9.40 malam Wacana: YB Abdul Rahman, "banyak prabajet sebelum bajet sebenar dibentang di Parlimen."

9.40 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "... contoh bajet PR hanya fokus pada kereta, tetapi kerajaan melibatkan semua segmen."

9.40 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "dalam bajet melibatkan pelbagai segmen masyarakat."

9.25 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "kerajaan buat kajian, negara kita dari segi road tax, service, kita lebih murah berbanding negara lain."

9.25 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "dalam bajet melibatkan pelbagai segmen masyarakat. Cth bajet PR hanya fokus pada kereta, tetapi kerajaan melibatkan semua segmen."

9.25 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "so konteks terima kasih dalam keutamaan dalam perbelanjaan bajet."

9.25 malam : Wacana: YB Abdul Rahman, "kalau segmen diberi kepada org tua atau orang kurang upaya, harus berterima kasih, kerajaan tidak bersalah."

9.20 malam : Wacana:  Tony Pua: "Kita perlu memikirkan cara untuk bagi rakyat memiliki rumah yang mampu milik."

9.20 malam : Wacana:  Tony Pua: "... sepatutnya dibuka kepada orang lain untuk menjimatkan kos."

9.20 malam : Wacana: Tony Pua: "Jangan bersaing untuk membina rumah oleh syarikat GLC, selain itu bahan binaan seperti simen dan besi jangan dimonopoli."

9.16 malam : Wacana: Wan Saiful berkata: "Tidak ada apa-apa yang perlu rakyat berterima-kasihkan kepada bajet yang dibentangkan kerajaan kerana wang itu dari rakyat."

9.16 malam : Wacana: Wan Saiful berkata, "apabila bajet dibentang oleh BN dan PR, rakyat berlumba-lumba ucap terima kasih kepada kerajaan."

9.12 malam : Wacana: Tony Pua tambah, "dalam bajet PR kita mahu turunkan cukai utk bolehkan rakyat miliki kereta dgn harga lebih murah."

9.12 malam : Wacana: Tony Pua jawab, "kalau tak ada pendapatan cukupi... masalah lain akan timbul. Ini semua berlaku kerana cukai tinggi."

9.08 malam : Wacana: Soalan moderator kpd Tony, "Bajet PR tak ada local standi, tidak realistik, hanya janji perkara yg sukar dicapai. Bagaimana jelaskan perkara ini?"

9.05 malam : Wacana: YB Abdul Rahman berkata, saya berharap subsidi ini dpt bantu rakyat. Bajet PR tidak berdasarkan fakta yg boleh dibuktikan

9.05 malam : Wacana: YB Abdul Rahman berkata, bajet ini yg dikatakan 'one off' ni, yg penting adalah sampai kpd rakyat yg disasarkan

9.03 malam : Wacana:: Malah, kata YB Abdul Rahman, label tak penting, apa yg penting bagaimana nak 'improve' ekonomi dan kadar defisit dan hutang negara

9.03 malam : Wacana:: YB Abdul Rahman jawab label yg diterima spt gula-gula satu deskripsi lebih merasai masalah rakyat peringkat akar umno

9.03 malam : Wacana: Moderator tanya YB Abdul Rahman bagaimana kelebihan bajet BN boleh yakinkan rakyat?

9.00 malam : Wacana: Dr Mazslee  berkata YB Abdul Rahman akan ulas bajet BN, YB Tony Pua ulas bajet PR manakala Wan Saiful kedua-duanya

8.56 malam : Wacana: Dr Maszlee puji PR kerana tiada Kabinet bayangan, tetapi mereka punya 'bajet bayangan'

8.54 malam : Dr Maszlee mulakan Wacana Sinar bincangkan isu Bajet 2013; ulas bajet BN dan PR, berharap usaha mematangkan rakyat Malaysia dapat diteruskan

8.48 malam : Wacana Sinar Harian yang membahaskan Bajet 2013 akan bermula bila-bila masa dari sekarang.

No comments:

Post a Comment