Friday, April 20, 2012

Kerajaan tangguh RUU GST


19 April 2012

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2009 yang dijadual dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, ditangguhkan.

Pemohonan untuk penangguhan itu dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin pada permulaan sesi pagi persidangan Dewan Rakyat.

"Saya memohon Dewan Rakyat menarik balik rang undang-undang berkenaan daripada senarai aturan mesyuarat hari ini dan ditangguh sehingga tarikh baru ditetapkan kemudian," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong juga memohon bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012 ditangguh dan dibawa ke mesyuarat akan datang. - Bernama

No comments:

Post a Comment