Friday, April 26, 2013

Program TUKAR ubah landskap kedai runcit


Publication: BH
Date of publication: Apr 25, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 040
Byline / Author: Oleh Habsah Dinin

PROGRAM Transformasi Kedai Runcit dikenali juga sebagai TUKAR diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Tujuan asal adalah untuk memodenkan operasi kedai runcit tradisional yang semakin kompetitif dalam sektor peruncitan kepada rupa fizikal yang lebih moden dan maju. Pendekatan ini menjadikan kedai runcit lebih berdaya saing dan maju.

Menerusi program ini, KPDNKK melaksanakan empat strategi yang mana tujuan akhirnya agar sektor peruncitan mampu menyumbangkan sebanyak RM5.56 bilion kepada pendapatan negara kasar (PNK) dan mewujudkan sebanyak kira-kira 52,000 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Pada tahun 2012, sebanyak 568 buah kedai runcit berjaya dimodenkan di bawah TUKAR. Jumlah ini melebihi sasaran 500 kedai runcit yang ditetapkan.

Daripada jumlah itu, 453 adalah pemilik kedai runcit berbangsa Melayu, Cina (28), India (81) dan bangsa lain (6).

Jualan meningkat

Sementara itu, sebanyak 143 premis kedai dibiayai melalui Koperasi-koperasi berdaftar yang menjalankan program TUKAR iaitu Koperasi Suria Malaysia Berhad sebanyak 61 kedai, Koperasi Jaringan Sepadu Malaysia (30), Koperasi Automobil Kuching Sarawak Berhad (19), Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah Berhad (19) dan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (14).

Secara purata, peserta TUKAR mengalami peningkatan jualan 30 peratus selepas proses pemodenan, struktur kedai lebih selesa dan penambahan jumlah barangan dijual.

Rangkaian pasar raya di Malaysia berperanan sebagai konsultan program TUKAR melalui pendekatan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang akan membantu kedai-kedai runcit tradisional dengan memberi nasihat pemodenan, penyediaan susun atur (planogram) dan latihan peruncitan. Pada masa sama program TUKAR juga disokong oleh Bank Rakyat melalui pembiayaan mudah sehingga RM80,000 dengan caj perkhidmatan tiga peratus dan tempoh bayaran balik selama 15 tahun.

Sejumlah RM40 juta diperuntukkan untuk Program TUKAR pada tahun 2013 bagi tujuan pemodenan dan menaik taraf kedai runcit tradisional sedia ada, peruncitan dan mewujudkan pusat pengedaran setempat.

Antara lain, kriteria pemodenan TUKAR memberi fokus kepada pembangunan modal insan iaitu pengusaha perlu ada ilmu dan kemahiran dalam bidang keusahawanan khususnya dalam peruncitan.

Hadiri latihan, kursus

Pengusaha kedai TUKAR perlu menghadiri latihan dan kursus keusahawanan yang dianjurkan KPDNKK dengan kerjasama Maktab Koperasi Malaysia (MKM) dan konsultan dalam bidang peruncitan seperti pemasaran, pembelian stok inventori, etika perniagaan dan sebagainya bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam perniagaan.

Dalam proses pemodenan itu, mesin dan peralatan diberi keutamaan untuk ditukarkan.

Antaranya ialah Point Of Sale (POS) Counter Terminal (GST ready) meliputi sistem kod bar dan pangkalan data inventori, susun atur gondola, pencahayaan, papan tanda berlogo TUKAR dan capaian internet.

Pengusaha juga boleh membuat pilihan tambahan termasuklah alat penyejuk (chiller), penyejuk beku (freezer), peti simpanan, sistem penggera keselamatan, pendingin hawa ataupun lantai berjubin.

Kaedah pengendalian kedai hendaklah diselarikan dan ada Standard Operating Procedures (SOPs) dalam menjalankan perniagaan termasuk susun atur barang-barang dan inventori.

Sunday, April 21, 2013

`Malaysian economy in fairly good shape'


Publication: NST
Date of publication: Apr 20, 2013
Section heading: Business Times
Page number: 002
Byline / Author: By Rupa Damodaran

KUALA LUMPUR: EXCEPT for some financial issues, a prominent local economist gave his thumbs up to the Malaysian economy, saying it is in a fairly good shape after considering the adverse external circumstances.

At five per cent, the growth outlook for Malaysia this year is still credible, said Prof Emeritus Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem, referring to the latest outlook by United Nations' Economic and Social Commission for Asia and the Pacific's (ESCAP) economic and social survey.

Inflation outlook of between 2.5 per cent and three per cent is still manageable for Malaysia.

Mohamed Ariff, who is also a senior fellow at the Malaysian Institute of Economic Research (MIER), said the think tank expects domestic demand and private investments to continue to lead the economic growth.

A slower industrial output and lagging loans growth in the banking sector, however, point to a weaker first quarter gross domestic product (GDP) in 2013.

Mohamed Ariff said Malaysia's current level of debt-to- revenue ratio should signal the need to broaden the tax base.

Speaking at the launch of the ESCAP's survey here on Thursday, he said one way to address the issue is to introduce the Goods and Services Tax (GST) as only 10 per cent of the population are paying taxes.

Malaysia has postponed the implementation of the GST several times.

The GST Bill was tabled in Parliament for its first reading in December 2009 but it was later withdrawn from its second reading in 2010.

Mohamed Ariff, who is attached to the International Centre for Education in Islamic Finance, acknowledged that the budget deficit to GDP is being addressed by the government.

As for the government debt to GDP ratio of 55 per cent (65 per cent if government-guaranteed debts are included), he said it is "not unmanageable", considering it is largely based on domestic borrowings.

Except for these financial issues, the Malaysian economy, he said, is in fairly good shape.

Manifesto BN gusarkan pembangkang


Publication: BH
Date of publication: Apr 20, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 034
Byline / Author: Oleh Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir

Terdapat tiga alat politik utama bagi menentukan pencapaian sesebuah parti yang bertanding. Pertama, manifesto atau dasar perjuangan parti yang akan dilaksanakan seandainya menang pilihan raya. Kedua, ialah calon yang akan bertanding mewakili parti dan ketiga, penyelarasan aktiviti kempen calon yang bertanding.

Parti yang bakal bertanding sudah pun mengumumkan manifesto masing-masing. Pembangkang dengan tema 'Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat' manakala manifesto BN bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan'. Manifesto pembangkang dilancarkan enam minggu lebih awal manifesto BN.

Manifesto pembangkang dibahagikan kepada empat teras iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat manakala manifesto BN memfokuskan 17 perkara yang merangkumi seluruh aspek kehidupan rakyat.

Selepas diumumkan, pemimpin pembangkang mengaku ada kelemahan teknikal kerana tidak memasukkan enam perkara yang pernah dijadikan isu dan menjadi hala tuju parti yang bergabung untuk menukarkan kerajaan.

Enam perkara yang dilupakan atau pun kerana tidak yakin dapat dilaksanakan ialah cukai perkhidmatan dan pembelian barangan (GST), kebajikan masyarakat India dan orang kelainan upaya (OKU), mekanisme pilihan raya pihak berkuasa tempatan, dasar kebebasan maklumat (termasuk bersuara), pengisytiharan harta ahli politik dan pelaksanaan hukum hudud.

Pembangkang dilihat tidak serius dalam mengekang salah urus walaupun sejak akhir-akhir ini, persoalan itu menjadi isu yang besar dan mempersendakan prinsip akauntabiliti pentadbiran mereka. DAP terjerat dengan kelemahan pentadbiran apabila kos pembinaan projek mega lebuh raya pesisir pantai dan terowong berbeza daripada kos yang diumumkan atas alasan kesalahan menaip.

Begitu juga kesilapan mengira undi dalam pemilihan Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC) yang diletakkan kepada kesilapan komputer. DAP juga berdolak-dalik mengenai penjualan sebidang tanah di Kampung Manggis, tuntutan penduduk Kampung Buah Pala dan menipu seolah-olah Pulau Pinang, khususnya Balik Pulau, dibuka oleh orang Cina serta berpura-pura melaksanakan pengurusan ala Khalifah Umar Abdul Aziz.

Manifesto dianggap bukan janji

Menurut kenyataan awal, manifesto pembangkang menggabungkan semua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat (2009), Buku Jingga (2010) dan program khusus Belanjawan 2012 dan 2013. Paling mengecewakan ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khaldi Ibrahim, tidak mahu menunaikan janji yang dibuat oleh pembangkang pada PRU-12 kerana "manifesto bukan janji" sehingga menyebabkan rakyat negeri itu membawanya ke mahkamah.

Sebaik saja manifesto BN dibentangkan, pemimpin pembangkang yang resah terus membuat tohmahan bahawa BN menciplak manifesto mereka. Ada pemimpin muda PKR mendakwa hanya 14 peratus manifesto BN dilaksanakan manakala selebihnya 'tidak ditepati' sebagai membalas komen pemimpin BN terlebih dulu mengenai kegagalan pembangkang menunaikan manifesto PRU-12 walaupun tempoh lima tahun sudah berakhir.

Akibat kegagalan itu, pembangkang mula mengumumkan projek mega pada saat akhir. DAP dengan lebuh raya dan terowong dasar laut, manakala PAS dengan Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bahru dan stadium bola sepak bertaraf Olimpik di Kelantan. Namun, PAS Kedah terpinga-pinga dengan masalah pengurusan Kolej Universiti Insaniah Negeri (KUIN), penggondolan hutan simpanan untuk 'mencuri balak' dan berselindung dengan projek ladang buah-buahan.

PKR Selangor pula dengan rentetan manifesto bukan janji, pembelian aset Talam Corporation, 'pemindahan' aset kerajaan negeri kepada swasta, mencairkan aset kerajaan, kegagalan mengutip hasil aktiviti lombong pasir secara optimum dan paling mendukacitakan ialah bermain wayang mengenai bekalan air bersih dengan mendesak untuk memiliki SYABAS.

Manifesto BN memfokuskan kepada 17 perkara iaitu menangani kos sara hidup; meningkatkan kehidupan warga bandar; menyediakan rumah mampu milik; perkhidmatan kesihatan berkualiti; kecekapan pengangkutan awam; infrastruktur bertaraf dunia dan transformasi luar bandar; kecemerlangan pendidikan negara; meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam; memperkasa penyertaan wanita; memenuhi aspirasi belia; merancang jaringan keselamatan sosial; mempromosi agama Islam, kebebasan dan keharmonian antara agama; memerangi gejala rasuah; memperkukuhkan perkhidmatan awam, menambah baik tadbir urus; gerakan kesederhanaan global dan memulihara sumber semula jadi.

Tentu, setiap usaha menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik meliputi persoalan kesejahteraan, jaminan keselamatan dan keperluan asas, maka jika ada persamaan antara manisfesto BN dan manifesto pembangkang, ia tidak boleh dianggap peniruan atau penciplakan. Jika diukur daripada aspek siapakah yang memperkenalkan terlebih dulu pun, ia sudah memberikan kelebihan besar kepada BN kerana apa yang disenaraikan pembangkang adalah satu langkah penambahbaikan apa yang pernah dilaksanakan sebelum manifesto itu wujud.

Berdasarkan fakta sejarah, pembangkang hanya bermula pada 2008 manakala BN pada 1974 dan sebelumnya adalah Perikatan (1955). Bila diteliti sejarahnya, apa yang difokuskan oleh manifesto pembangkang adalah penegasan semula langkah dan usaha BN (Perikatan) untuk menjamin bahawa setiap rakyat Malaysia mampu membina kehidupan yang lebih baik, aman dan sejahtera.

Sebenarnya terlalu banyak kejanggalan manifesto pembangkang sehingga tidak menampakkan kebolehpercayaan yang tinggi bagaimana apa yang termaktub itu boleh dilaksanakan. Manifesto pembangkang dibina berdasarkan idea yang tidak mengukur fakta dan realiti dan kerana itulah apabila ditagih kemudian oleh rakyat, dengan mudahnya dijawab "ia bukan janji."

Siapa tiru siapa?

Sebelum mengemukakan 'Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat', pembangkang tidak melakukan kajian mendalam strategi penurunan harga kereta. Penurunan harga secara mendadak yang dirancang pembangkang boleh menjejaskan industri automobil negara.

Untuk mengurangkan harga kereta, strategi jangka pendek ialah menghapuskan cukai dan duti. Penghapusan ini secara mendadak menyebabkan kerajaan hilang sumber pendapatan, sekali gus menjejaskan peruntukan kepada sektor lain termasuk pendidikan dan kesihatan.

Namun, kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah melakukan penurunan cukai dan duti secara berperingkat sehingga industri automobil tempatan mampu menyaingi kos pengeluaran negara pengeluar kereta yang sudah maju.

Dasar Automotif Negara dirangka pada 2009 dan di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas (AFTA), duti import dikurang atau dihapuskan secara berperingkat. Ini menyebabkan harga kereta lebih murah.

Manifesto pembangkang tidak memberikan langkah terperinci bagaimana mahu menjadikan harga kereta lingkungan RM25,000 sebuah, sedangkan India yang memperkenalkan kereta Nano juga belum berjaya sepenuhnya.

Sembunyi fakta, tipu rakyat

Manifesto pembangkang ketara lemah dalam perkiraan kerana BN sudah memperkenalkan Dasar Automotif Negara bermula 2006 dan diperbaharui pada 2009. Manifesto pembangkang belum berusia sebulan, bermakna merekalah yang sebenarnya mencuri idea BN dan kemudian mendakwa sebaliknya. Mereka sanggup menyembunyikan fakta dan menipu rakyat dengan mengambil apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Keadaan ini samalah dengan dakwaan pembangkang kemasukan pelaburan ke negeri yang diperintah mereka seolah-olah atas usaha mereka sendiri. Tentu, jika sebelum ini BN tidak membangunkan kemudahan asas dan membentuk dasar yang jelas, pembangkang tetap sukar untuk menarik pelaburan asing kerana pelabur melihat potensi, kemudahan dan dasar yang dirangka.

Pembangkang hanya menumpang kejayaan kerajaan BN tetapi mendakwa berjaya menarik pelaburan walaupun galakan itu dilakukan secara terancang oleh agensi Pusat seperti MIDA, hubungan perdagangan dan dasar galakan pelaburan.

Manifesto BN juga meletakkan sasaran lebih besar dan berkesan berbanding pembangkang, termasuk membina rumah mampu milik. Pembangkang hanya menyasarkan pembinaan 150,000 rumah mampu milik dan kos sederhana sedangkan BN mensasarkan 1,000,000 unit.

Pembangkang mengharapkan ia dilaksanakan swasta sedangkan BN berjanji membinanya bersama pemaju swasta. Ini bermakna, pembangkang tidak mempunyai kredibiliti dan keupayaan melaksanakannya dan peluang untuk gagal besar kerana pemaju swasta lebih mengejar keuntungan besar.

Kerajaan Pusat sudah pun menggubal Dasar Perumahan Negara pada 2000, menubuhkan Syarikat Perumahan Negara Berhad pada 2008 dan memperkenalkan skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) sedangkan pembangkang kian terdesak kerana tidak memperuntukkan wang untuk membangunkan rumah mampu milik.

Pembangkang lebih mengutamakan pembangunan rumah mewah dan kerana itulah Pulau Pinang bercadang menawarkan rumah mampu milik yang sebenarnya berharga mahal dan tidak mampu dimiliki rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Ini sudah pun dicipta kerajaan pembangkang kerana dalam tempoh lima tahun berkuasa, tidak ada perumahan rakyat yang dilaksanakan. Namun, mereka mendakwa melakukannya dengan menempel projek perumahan rakyat yang dilaksanakan Kerajaan Pusat sebelum mereka mengambil alih kuasa.

Pembangkang juga baru bercadang membina sistem kereta api laju antara bandar dengan mendakwa sebagai yang pertama di Asia Tenggara. Realitinya, projek itu sudah dirintis BN sejak 1995 lagi.

Projek landasan kereta api dari Singapura hingga ke Kunming di China merentasi Malaysia, Thailand, Vietnam, Kemboja dan Myanmar itu sudah dipersetujui pemimpin ASEAN dan China. Maknanya, BN lebih terkehadapan dalam cadangan itu.

Lebuh Raya Trans Borneo

Berkenaan Lebuh Raya Trans Borneo, BN sudah mengemukakan cadangannya sejak 1970-an. Lebuh raya sepanjang 2,300 kilometer dari Sematan, Sarawak, ke Serudung, Sabah, itu terpaksa ditangguh akibat kemelesetan ekonomi. Namun, pada Februari tahun lalu, kerja menaik taraf lebuh raya itu dilaksanakan dengan perbelanjaan RM423 juta.

Pembangkang tidak memberikan perincian jumlah kos pembinaannya kerana mereka lebih gemar menabur janji dan berpura-pura bagi memancing undi penduduk Sabah dan Sarawak.

Janji memberikan royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak dan gas dengan mengambil keuntungan daripada PETRONAS pula menunjukkan pembangkang sengaja mahu membunuh perkembangan perniagaan dan pelaburan syarikat petroleum negara. Jika langkah ini dilaksanakan, PETRONAS terpaksa melupakan pelaburan luar negara dan bakal mengalami nasib sama dengan PERTAMINA di Indonesia.

Malah, sumber pendapatan PETRONAS juga akan digunakan oleh pembangkang untuk menampung subsidi harga minyak kerana slogan 'hari ini kita memerintah, esok kita turunkan harga minyak' yang akan menguntungkan syarikat minyak asing kerana menerima bayaran perbezaan harga daripada kerajaan dan PETRONAS.

INFO

Janji pembangkang

- Beri royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak dan gas dengan mengambil keuntungan daripada PETRONAS menunjukkan pembangkang mahu membunuh perkembangan perniagaan dan pelaburan syarikat petroleum negara.

- Manifesto pembangkang ketara lemah dalam perkiraan kerana BN sudah memperkenalkan Dasar Automotif Negara bermula 2006 dan diperbaharui pada 2009.

* Penulis ialah Yang di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)