Friday, May 13, 2011

Teliti dulu GST sebelum laksana


ARKIB : 12/05/2011

KUALA LUMPUR 11 Mei – Kerajaan perlu meneliti terlebih dahulu kemampuan rakyat sebelum melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dikatakan mampu mengurangkan cukai pendapatan persendirian.

Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, biarpun GST mampu meningkatkan pendapatan negara, kemampuan rakyat menghadapi tekanan harga barang yang lebih tinggi juga perlu diberi perhatian.

“Kerajaan perlu mengenalpasti jumlah pembayar cukai dan mereka yang tidak membayarnya bagi menentukan sama ada rakyat mampu menggalas bebanan cukai barang yang tinggi kerana sekarang ini pun ramai merungut dengan kenaikan harga barang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0512&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm#ixzz2WdJ4H9eq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, May 12, 2011

Cukai mungkin dikurangkan?


ARKIB : 11/05/2011

NAJIB Tun Razak berjalan bersama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.


PUTRAJAYA 10 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cukai pendapatan persendirian dan korporat mungkin boleh dikurangkan apabila cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, kerajaan perlu meneruskan Program Pendidikan Kesedaran Awam untuk mendidik masyarakat tentang manfaat yang bakal diperoleh menerusi GST.

‘‘Kita perlu melihat penerimaan orang ramai terhadap GST dan kerajaan akan lakukan tinjauan yang tepat.

‘‘Pengumuman mengenai pelaksanaannya akan dibuat apabila sampai masanya agar kadar ditetapkan boleh diterima rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Konsultasi Bajet 2012 di Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Ditanya sama ada GST akan dilaksanakan tahun depan, Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diberitahu kemudian.

GST yang juga dikenali sebagai VAT atau cukai nilai tambah di kebanyakan negara ialah cukai penggunaan ke atas barangan dan perkhidmatan.

Perdana Menteri turut menyarankan agar Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerangkan kepada rakyat tentang kebaikan cukai itu.

“Apabila rakyat sudah faham dan ada penerimaan, maka itulah masa yang paling sesuai untuk kita laksanakan GST. Saya akan umumkan apabila tiba masanya,” kata Najib.

Beliau turut membayangkan bahawa orang ramai boleh menjangkakan berita baik pada belanjawan seterusnya kerana kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat.

‘‘Sebagai contoh apabila kerajaan merasionalisasikan subsidi, ia tidak bermakna kami tidak mengutamakan rakyat sebaliknya bertujuan mengurangkan perbelanjaan kerajaan supaya lebih banyak projek dapat dilaksanakan pada masa akan datang,” jelas beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0511&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm#ixzz2WdIeeTnX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, May 11, 2011

Cukai pendapatan mungkin dikurangkan - Najib


ARKIB : 10/05/2011

PUTRAJAYA 10 Mei — Cukai pendapatan korporat dan individu mungkin dikurangkan dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan masih dalam usaha memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai kelebihan GST melalui Program Pendidikan Kesedaran Awam.

"Di kalangan rakyat, terdapat peningkatan penerimaan GST sebagai suatu yang baik,” kata Najib, yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas menghadiri Perundingan Bajet 2012 di sini hari ini.

Semasa ditanya mengenai kadar GST yang diterima rakyat, Najib berkata, kerajaan akan menjalankan kajian yang sewajarnya bila tiba masanya.

Mengenai sama ada GST akan dilaksanakan tahun depan, Najib berkata: “Saya akan maklumkan kemudian.” — Bernama

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0510&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm#ixzz2WdI6dBOI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, May 8, 2011

Pengawalan inflasi atau pertumbuhan?


ARKIB : 07/05/2011


MINGGU ini kita dikejutkan dengan keputusan Bank Negara menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate) 25 mata asas kepada 3 peratus dan Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement -SRR) dinaikkan 1 peratus.

Dengan keputusan ini terdapat pelbagai reaksi. Ada yang menyatakan bahawa keputusan ini menunjukkan kebimbangan Bank Negara lebih kepada kenaikan inflasi daripada pertumbuhan.

Kenaikan SRR bertujuan mengurangkan kecairan dalam pasaran supaya tidak menyemarakkan lagi inflasi. Semua negara di rantau ini termasuk China bimbang akan kenaikan inflasi dan telah mengambil langkah-langkah untuk membendung gejala ini.

Kenaikan harga makanan menjadi bualan utama di mana saja. Kita juga tidak terlepas daripada masalah kenaikan harga makanan. Tanyalah saja suri rumah yang pergi ke pasar dan mereka akan memberitahu betapa harga barang-barang makanan naik melambung, seolah-olah tiada sesiapa boleh berbuat sesuatu untuk mengawal keadaan.

Peniaga tidak payah memberi alasan yang munasabah untuk menaikkan harga barang-barang makanan, mereka boleh melakukannya sesuka hati dan meletakkan kesalahan kepada pembekal dan seterusnya.

Kalau dipercayai kadar inflasi kita memanglah tidak tinggi, 3 peratus tetapi adakah itu yang kita lihat berlaku dengan kenaikan harga barang-barang makanan.

Pengguna seolah-olah sudah tidak ada pilihan, suka tak suka kena beli juga. Keadaan begini bukannya sesuatu yang tidak pernah berlaku. Malangnya pengguna nampaknya tidak dapat berbuat apa-apa.

Dengan kenaikan harga barang-barang makanan, kos sara hidup akan terus meningkat sedangkan gaji dan upah masih di takuk lama.

Baru-baru ini Persatuan Pembeli-pembeli Rumah membuat kenyataan tentang keadaan yang mana orang muda hari ini tidak akan mampu untuk membeli rumah kerana adanya pihak-pihak seperti pemaju dan bank yang bersekongkol menaikkan harga rumah.

Rumah jadi bahan spekulasi berleluasa juga dengan tiada kawalan oleh pihak berkuasa. Nisbah pinjaman susulan yang direndahkan tidak dapat membendung spekulasi dan mungkin lebih murah membeli hartanah di luar negara daripada negara kita sendiri.

Susulan kenaikan kadar faedah semalaman ini akan mengurangkan pertumbuhan kerana ahli perniagaan akan mengurangkan pendedahan mereka kepada pinjaman.

Jadi, pandangan sesetengah pihak inflasi lebih penting daripada pertumbuhan. Angka pertumbuhan untuk 2011 yang diuar-uarkan oleh pakar-pakar ekonomi seperti Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohamed Ariff ialah 5.5 peratus untuk tahun ini dan 5.2 peratus untuk 2012.