GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 31, 2013

Mempertingkat kesiapsiagaan pasukan pertahanan


ARKIB : 26/10/2013

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Peruntukan berjumlah RM16 bilion kepada Kementerian Pertahanan dalam Bajet 2014 dilihat dapat memantapkan lagi kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam tugas-tugas mempertahankan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, meskipun pihaknya tiada rancangan membeli aset-aset baharu tetapi pemilikan sedia ada akan ditambah nilai dan dimantapkan supaya terus kekal relevan.

Dalam masa sama, kata beliau, pihaknya akan memberi fokus kepada sektor-sektor tertentu di Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) serta bekerjasama rapat termasuk dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tiada pertindihan dan pembaziran.

"Jumlah RM16.1 bilion untuk Kementerian Pertahanan dan RM5.2 bilion kepada Kementerian Pengangkutan lebih daripada apa yang saya rasa diperlukan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, pelaksanaan segala program di bawah kementeriannya akan dijalankan melalui pendekatan merentasi agensi dan kementerian melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memastikan tiada pembaziran dan ketirisan.

"Kami akan membuat pendekatan luar kotak yang dapat memberi manfaat kepada banyak pihak. Setakat ini, saya akan memastikan semua perkara yang dilaksanakan memenuhi keperluan dan tuntutan semasa rakyat di negara ini," katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga akan memastikan Dasar Penerbangan Nasional yang diumumkan hari ini dilaksana dengan pendekatan berbeza termasuk kajian supaya sebuah universiti penerbangan ditubuhkan bagi memantapkan bidang penerbangan negara.

Berhubung cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pula, beliau menegaskan, pelaksanaan dasar itu selaras dengan tuntutan ekonomi global.

"Saya berpuas hati (dengan GST). Kita juga perlu kreatif dalam memastikan tidak berlaku pembaziran dan ketirisan," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment