GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 31, 2013

GST: Majoriti penduduk Sg. Limau tidak terlibat


ARKIB : 26/10/2013
Oleh BORHAN ABU SAMAH

JERAI 26 Okt. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penduduk Sungai Limau tidak perlu bimbang dengan pengenalan kaedah baru kutipan cukai barangan dan perkhidmatan atau GST, kerana sebahagian besar daripada mereka tidak terlibat.

Muhyiddin berkata, majoriti penduduk Sungai Limau terdiri daripada nelayan dan petani tidak akan merasai kesan langsung daripada transformasi cukai yang dilakukan oleh kerajaan itu.

Tambah Muhyiddin, jika ada kesan tidak langsung kepada mereka ia adalah sangat minimum.

"Kesan itu pula dapat ditampung dengan bantuan-bantuan lain termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan RM50 kepada RM650.

"Subsidi lain seperti subsidi baja, subsidi benih, subsidi pukat, subsidi diesel, bantuan awal sekolah, baucar buku sebanyak RM200 dan banyak lagi yang masih diteruskan kepada golongan sasaran," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Bersama Peladang, Penternak dan Nelayan anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Muda atau Mada di Bukit Besar, Sungai Limau di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Muhyiddin, jentera Barisan Nasional (BN) akan bergerak bertemu pengundi kawasan pilihan raya kecil berkenaan bagi memberi penjelasan bahawa keputusan yang diambil adalah mengambil kira kepentingan nasional.

Langkah yang diambil, katanya, mungkin tidak dapat difahami oleh rakyat biasa, tetapi ia telah dilakukan oleh kebanyakan negara di dunia termasuk negara-negara ASEAN kerana ia adalah kaedah paling efisien memungut cukai, berbanding kaedah kaedah lama yang telah ketinggalan.

Pemimpin Pas yang cuba memomokkan masyarakat dengan langkah itu, katanya, akan faham jika mereka pakar ekonomi, di mana sistem lama menyebabkan negara kehilangan daya saing di peringkat global dan akan meletakkan Malaysia di ranking rendah kalangan pelabur asing. - UTUSAN ONLINE

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment