GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 31, 2013

Bajet banteras jenayah


ARKIB : 26/10/2013

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai bajet yang memberi penekanan kepada mempertingkat usaha membanteras jenayah dan menjamin kesejahteraan hidup keseluruhan rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tumpuan itu dapat dilihat menerusi peruntukan sebanyak RM12.4 bilion iaitu RM11.9 bilion untuk mengurus serta selebihnya, RM647 juta untuk tujuan pembangunan agensi-agensi di bawah kementerian tersebut.

"Bajet ini turut menumpukan kepada kebajikan pegawai dan anggota polis dan keluarga mereka termasuk membina kuarters dan kediaman serta beberapa aspek kebajikan lain.

"Di samping itu, unit rondaan bermotosikal telah diberikan tumpuan di samping pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk membantu pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, semua peruntukan itu merupakan bukti kerajaan komited terhadap manifesto dan aku janji dalam pilihan raya umum lalu ke arah memelihara keselamatan rakyat.

Berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), beliau berpendapat, pemberian tempoh pelaksanaan yang lama iaitu pada 2015 tidak akan membebankan rakyat.

Dalam masa sama, kata beliau, pelaksanaannya juga menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan selain kadar enam peratus yang dikenakan adalah munasabah berbanding negara-negara jiran yang mencapai sehingga 10 peratus.

"Perkara ini tentu boleh diperjelaskan supaya tidak diputar belit oleh mereka yang mahu lonjakan politik yang menyatakannya sebagai tekanan kepada kehidupan rakyat.

"Sedangkan sebelum ini, cukai jualan dan perkhidmatan telah ditarik dan digantikan dengan GST dan pelaksanaannya bukan tahun hadapan tapi 2015," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment