GST EVENT CALENDAR

GST MALAYSIA CALCULATOR

Nuffnang Add

Thursday, October 31, 2013

Bajet 2014 lindungi kestabilan kewangan


ARKIB : 26/10/2013

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Bajet 2014 mengukuhkan asas ekonomi, melindungi kemampanan fiskal dan kestabilan kewangan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd. (Maybank), Datuk Abdul Farid Alias berkata, bajet kali ini juga mengekalkan penarafan gred kredit pelaburan yang tinggi.

"Walaupun telah 17 kali berturut-turut negara mengalami perbelanjaan defisit, defisit bajet akan menyusut pada tahun kelima kepada RM37.1 bilion atau 3.5 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2014," katanya dalam kenyataan akhbar mengulas pembentangan Bajet 2014 hari ini.

Tambah Abdul Farid, negara dalam laluan betul untuk mencapai sasaran tiga peratus defisit bajet menjelang 2015 dan mencapai bajet seimbang menjelang 2020.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata, pasaran kewangan sangat mengalu-alukan penegasan kerajaan terhadap sasaran bajet defisit daripada empat peratus kepada 3.5 peratus daripada KDNK untuk tahun 2014.

Kata beliau, pihaknya memuji langkah kerajaan yang menunjukkan pendekatan kurang popular seperti pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan peningkatan cukai keuntungan harta tanah (RPGT).

"Selain pendekatan-pendekatan yang diambil, hutang Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat sehingga 54.8 peratus sehingga akhir 2013 dan lebihan akaun semasa dijangka lebih menyempit," katanya.

Sementara itu, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) menyatakan, sektor perbankan komersial dengan permodalan kukuh dan kualiti aset yang tinggi akan berterusan untuk menyokong aktiviti ekonomi negara.

"ABM akan berterusan untuk bekerjasama dengan ahli-ahli untuk meningkatkan industri perbankan untuk menjadi lebih berdaya tahan, kompetitif dan berkesan dalam keperluan perubahan ekonomi masa kini,'' ujar persatuan itu.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment